Banner/Backdrop/Bunting

Banner, Backdrop, dan Bunting biasanya digunakan untuk tujuan publisiti dan promosi terutama sekali di majlis-majlis penting seperti perasmian, perkahwinan, aktiviti luar. Selain itu, Banner, Backdrop dan Bunting juga sering digunakan untuk mempromosikan kedai atau perniagaan.

 Bahan utama yang digunakan sebagai medium percetakaan dikenali sebagai Tarpaulin. Tarpaulin adalah suatu bahan seperti tikar yang tahan lasak dan kalis air. Walaubagaimanapun, cetakan akan pudar dengan cepat sekiranya kerap terdedah kepada hujan dan sinar matahari.

Harga cetakan Banner, Backdrop dan Bunting bergantung kepada saiz cetakan. Saiz cetakan biasanya dikira dalam unit kaki/persegi.

KK Media Printing memberikan jaminan kualiti cetakan Banner, Backdrop, dan Bunting yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Kami juga menyediakan khidmat grafik design untuk pelanggan yang tidak mempunyai kemahiran ini.